Laman Sesawang Rasmi bagi
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Malaysian Communications and Multimedia Commission
MY
EN
Carian
Carian:
MY
EN
Carian:
Carian
HOME
MENGENAI KAMI
SEJARAH
VISI & MISI
AHLI-AHLI SURUHANJAYA
TANGGUNGJAWAB KAMI
KOMITMEN KAMI
LAPORAN TAHUNAN
SEKTOR
JALUR LEBAR
PERKHIDMATAN MUDAH ALIH
PERKHIDMATAN TALIAN TETAP
SATELIT
PENYIARAN
POS DAN KURIER
TANDATANGAN DIGITAL
PERDAGANGAN STRATEGIK
PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT
PERUNDANGAN
PERUNDANGAN
INSTRUMEN UNDANG-UNDANG
RESOLUSI PERSELISIHAN
BUKU DAFTAR
PUSAT MEDIA
BERITA RASMI
SISIPAN BERITA
PENGUMUMAN
GALERI FOTO
GALERI VIDEO
AKADEMI
KERJAYA
HUBUNGI KAMI
IBU PEJABAT
PEJABAT NEGERI
DIREKTORI
MAKLUMBALAS PENGALAMAN LAMAN WEB
KnowledgeHub
Integriti
Tahukah anda?
Aduan MCMC
Consumer
Licensee
Ikuti SKMM di Laman Sosial
Pusat Media
Laman Utama
Pusat Media
Berita Rasmi
Malaysia Di Kedudukan Ke-8 Di Rantau Asia Pasifik Dalam Indeks Pembangunan ICT 2015
Berita Rasmi
Pusat Media
Malaysia Di Kedudukan Ke-8 Di Rantau Asia Pasifik Dalam Indeks Pembangunan ICT 2015
01 Dis 2015
MALAYSIA DI KEDUDUKAN KE-8 DI RANTAU ASIA PASIFIK DALAM INDEKS PEMBANGUNAN ICT 2015
CYBERJAYA, 1 Disember 2015 ---
Langganan jalur lebar mudah alih yang tinggi di dalam negara telah menyumbang kepada kedudukan yang lebih baik kepada Malaysia daripada tangga ke-9 (pada 2014) kepada tangga ke-8 di rantau Asia Pasifik dalam Indeks Pembangunan ICT (IDI) 2015.
Di peringkat global, Malaysia kini berada pada kedudukan ke-64 daripada 167 ekonomi. Malaysia berada pada kedudukan ke-71 pada 2014.
Untuk sub-kategori Penggunaan pula, kedudukan Malaysia turut meningkat 12 anak tangga ke tangga ke-54 berbanding dengan kedudukan ke-70 pada 2014. Peningkatan kedudukan untuk kategori Penggunaan ICT banyak didorong oleh langganan jalur lebar mudah alih yang kian meningkat.
“Penggunaan perkhidmatan digital di Malaysia dan peningkatan penggunaan kandungan menerusi peranti mudah alih oleh pengguna telah menyebabkan peningkatan kedudukan ini,” kata Pengarah Kanan Bahagian Komunikasi Strategik, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Sheikh Raffie Abd Rahman.
“Trend ini dijangka akan berterusan untuk tempoh 12 bulan akan datang memandangkan semakin ramai pengguna menggunakan kandungan ‘on-the-go’ dan menjalankan transaksi menggunakan peranti mudah alih mereka,” tambah Sheikh Raffie.
Dikeluarkan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) pada Isnin di Persidangan Telekomunikasi/Simposium Indikator-Indikator ICT ke-13 yang sedang berlangsung di Hiroshima, IDI mengukur pelbagai indikator secara menyeluruh ke atas 167 ekonomi seluruh dunia.
Laporan tahunan
Measuring the Information Society Report
keluaran ITU yang turut dikeluarkan pada masa yang sama mendedahkan, seramai 3.2 bilion rakyat kini berada dalam talian, mewakili 43.4% daripada jumlah keseluruhan penduduk dunia manakala langganan selular mudah alih telah mencecah hampir 7.1 bilion seluruh dunia, dengan lebih 95% daripada jumlah penduduk kini diliputi dengan perkhidmatan selular mudah alih.
Menurut laporan berkenaan, kesemua 167 ekonomi yang dirangkumkan dalam IDI, memperlihatkan peningkatan daripada segi nilai IDI mereka antara 2010 dan 2015 – bermakna tahap akses Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), penggunaan serta kemahiran terus bertambah baik di seluruh dunia.
Laporan
Measuring the Information Society Report
diiktiraf secara meluas di seluruh dunia sebagai penerbitan data global dan analisis mengenai perkembangan pembangunan ICT dunia yang paling adil dan boleh dipercayai. Ia juga digunakan secara meluas oleh kerajaan-kerajaan, pertubuhan-pertubuhan antarabangsa, bank-bank pembangunan dan para penganalisis sektor swasta di serata dunia.
Kembali
Cetak
Kongsi artikel ini
Awam
Membuat Aduan
Masalah Kandungan Dalam Talian
Bagaimana untuk membuat aduan anda
Notis Perolehan
Soalan Lazim
Logo MCMC
Industri
Permohonan Lesen
Buku Daftar
Spektrum
Communications Equipment
Certifying Agency
Trial, Experiment and Demonstration (TED)
Grants
E-Borang
Sumber
Penerbitan
Industri
Statistik
Penyenaraian
Garis Panduan
Pautan Pantas
Portal E-Payment
MyCOMMS
NUR Alert
Amateur Radio Operator Certification
Borang aduan tingkah laku anti-persaingan
Terus berhubungan dengan MCMC
Melanggan surat berita kami dan dapatkan berita terkini dan kemas kini.
Email:
Follow