Pusat Media

MCMC Pastikan Pengurangan Kadar Selular Dilaksana Secepat Mungkin

22 Mei 2015
CYBERJAYA, 21 Mei - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memastikan pengurangan kadar selular dilaksanakan secepat mungkin agar rakyat tidak akan berasa terbeban dengan kesan daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk perkhidmatan mudah alih prabayar.

“Pihak penyedia perkhidmatan telah memberikan maklum balas positif terhadap saranan Menteri Komunikasi dan Multimedia untuk mengurangkan kadar dan menawarkan pakej-pakej khas kepada para pelajar,” kata Pengerusi MCMC, Dato’ Sri Dr. Halim Shafie.

Dr. Halim menambah, MCMC akan memantau dengan rapi isu pengurangan kadar dan cadangan pakej-pakej khas untuk para pelajar.


 PDF

Kongsi artikel ini
Follow