Pusat Media

Perkhidmatan oleh Pihak Berkuasa Pemerakuan (PBP) di bawah Akta Tandatangan Digital Adalah Sistem Yang Boleh Dipercayai

26 Jan 2019
Perkhidmatan oleh Pihak Berkuasa Pemerakuan (PBP) di bawah Akta Tandatangan Digital Adalah Sistem Yang Boleh Dipercayai

CYBERJAYA

25 Januari 2019
 
Perkhidmatan yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Pemerakuan (PBP) yang dikawalselia pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di bawah Akta Tandatangan Digital (ATD) 1997, adalah menggunakan sistem yang boleh dipercayai dan setakat suku ke-empat 2018 sejumlah 12.4 juta perakuan telah dikeluarkan oleh empat PBP berlesen.

Kesemua PBP berlesen di Malaysia perlu melalui proses pengauditan tahunan mandatori oleh juruaudit bertauliah yang mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi, piawaian dan amalan tandatangan digital bagi memastikan pihak PBP menggunakan sistem yang boleh dipercayai. Pengauditan yang telah dilaksanakan oleh pihak juruaudit bertauliah tersebut adalah berdasarkan piawaian antarabangsa Webtrust yang digunapakai oleh kebanyakan PBP utama di seluruh dunia.  Di samping itu, pengguna perkhidmatan PBP turut dilindungi oleh jaminan sesuai yang disediakan PBP di bawah ATD1997.

Sekiranya terdapat sebarang persoalan mengenai perkhidmatan tandatangan digital yang dibekalkan oleh PBP berlesen, sila hubungi pihak MCMC.
 
Kongsi artikel ini
Follow