Pusat Media

Kehadiran Ke Kediaman Encik Dennis Tan Untuk Siasat Insiden Gangguan Frekuensi

22 Dis 2018
Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin menjelaskan, kehadiran para pegawainya di kediaman Encik Dennis Tan pagi semalam adalah untuk menyiasat satu insiden gangguan frekuensi dan bukan seperti yang didakwa oleh beliau sebelum ini.

Punca gangguan berkenaan dikesan pada sebuah telefon tanpa kord jenama Panasonic, model KX-TGA401 yang dimiliki oleh Encik Tan dan beliau telah dimaklumkan berhubung perkara ini.

MCMC ingin menasihatkan orang ramai yang memiliki ataupun berniat untuk menggunakan model telefon yang sama agar menghubungi Pejabat MCMC yang berhampiran bagi mengelakkan berulangnya kes-kes gangguan sedemikian yang akan menjejaskan kualiti perkhidmatan telekomunikasi di kawasan yang terlibat.\
Kongsi artikel ini
Follow