Pusat Media

Penggantungan Sementara Domain Madlabs.com.my Ditarik Balik

19 Dis 2018
Penggantungan sementara nama domain madlabs.com.my telah ditarik balik semalam apabila pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dimaklumkan bahawa laman berkenaan sedang diperbaiki bagi mengatasi masalah penghalaan pengguna ke lamanlaman yang tidak sepatutnya.

Tindakan penggantungan tersebut telah diambil bagi melindungi para pengguna yang melayari laman berkenaan, ekoran ia didapati membawa para pengguna ke laman-laman yang melanggar peruntukan undangundang negara.

Isu ini adalah berasingan kepada sebarang isu komersial antara pihak Nestle dan pihak Madlabs, yang tidak termasuk dalam skop tindakan dan kawalan MCMC.
Kongsi artikel ini
Follow