Pusat Media

Youtube Sekat Video Alvin Tan

28 Apr 2015
CYBERJAYA, 28 April 2015 - MCMC telah meminta YouTube and Facebook untuk mengeluarkan video menghina azan oleh Alvin Tan pada 21 April 2015. Pun begitu, pemantauan kami menunjukkan bahawa video berkenaan telah dimuat naik beberapa kali di YouTube. Semalam, YouTube telah menyekat video berkenaan kepada penonton di Malaysia, dan kami masih berhubung dengan Facebook untuk mengeluarkannya.

Pada ketika ini MCMC sedang memantau penyebaran video tersebut dan menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan video berkenaan dalam media sosial mahupun dalam aplikasi pesanan kerana ia melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

MCMC menasihatkan orang ramai supaya jangan mudah terkesan dengan kelakuan yang tidak bermoral dan boleh menganggu gugat keamanan dan keharmonian negara. 


 PDF

Kongsi artikel ini
Follow