Polisi

OBJEKTIF POLISI KEBANGSAAN
Suruhanjaya telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan objektif polisi yang berikut bagi industri perkhidmatan pos.
 

  • Untuk menjamin penyediaan perkhidmatan sejagat yang murah dan berkualiti;
  • Untuk menggalakkan perkembangan industri perkhidmatan pos yang berdaya saing dan inovatif;
  • Memperkenalkan Malaysia sebagai pusat global dan hab bagi perkhidmatan pos;
  • Mengawal selia bagi kepentingan para pengguna dalam jangka masa panjang;
  • Menggalakkan keyakinan pengguna yang tinggi terhadap perkhidmatan yang diberikan dalam industri pos;
  • Memastikan keselamatan para pekerja industri perkhidmatan pos, artikel-artikel pos dan jaringan pos;
  • Maklum akan suasakan teknikal, ekonomi dan sosial dan keperluan pengguna serta; dan
  • Memastikan persaingan yang adil di kalangan pihak yang terlibat dalam industri perkhidmatan pos di Malaysia.

 
STRATEGI POS KEBANGSAAN
 
Perkhidmatan pos dan kurier yang efektif dan memenuhi keperluan komersil dan sosial sesebuah negara penting bagi semangat  berdayasaing dan perpaduan sosial negara. Oleh itu, Kerajaan Malaysia komited untuk:
 

  • menggalakkan pasaran pos dan kurier yang berkembang pesat;
  • menggalakkan jaringan pejabat pos yang cekap bagi memenuhi keperluan semasa dan masa depan negara;
  • menggalakkan capaian kepada perkhidmatan pos yang lebih baik bagi penduduk dengan mewujudkan rangka kerja kawalselia dan pembangunan polisi pos yang kondusif; dan
  • menggalakan jaringan perkhidmatan pos dan kurier yang moden dan sentiasa ada bagi menghasilkan kualiti perkhidmatan yang cemerlang dan penghasilan produk yang inovatif oleh pemain industri.

 
Strategi Pos Kebangsaan (SPK) merupakan satu rancangan bagi pembangunan sektor pos dan kurier di Malaysia bagi tempoh 2010 hingga 2014. Ia merancangkan agenda pembangunan yang agresif dan teratur bagi memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa berubah, penanda dan suasana operasi yang dipacu oleh revolusi maklumat, globalisasi dan suasana ekonomi yang sentiasa berubah.

SPK telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato' Joseph Salang pada 9 Oktober 2010 bersempena perayaan Hari Pos Sedunia di Kuching, Sarawak.
 
Visi
Sektor pos dan kurier sebagai komponen penting dalam ekonomi Malaysia.

Misi
Memacu pembangunan dan kemajuan sektor pos dan kurier yang teguh selari dengan keperluan ekonomi dan sosial negara.
 
Teras-teras
SPK diasaskan oleh lima teras:

  • Perkhidmatan Pos Sejagat yang mampan
  • Meningkatkan kualiti perkhidmatan
  • Meningkatkan Produktiviti
  • Menggalakkan Pertumbuhan Industri
  • Merangsang Pembangunan Peringkat Antarabangsa‚Äč 

Klik di bawah untuk memuatturun dokumen Strategi Pos Kebangsaan:

Strategi Pos Kebangsaan - Dokumen



 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow