Sektor

How to Apply

ePermit STA adalah perkhidmatan laman sesawang yang disediakan oleh Kerajaan melalui Dagang Net Technolologies Sdn Bhd (DNT) untuk kemudahan permohonan atas talian dan kelulusan permit.
 
 
 

Syarikat yang ingin memohon permit STA 2010 dikehendaki untuk melanggan (satu masa sahaja) DagangNet Technologies (DNT) untuk mendapatkan user ID dan kata laluan untuk pendaftaran STA. 

Pautan ke Harga Produk Dagang Net.
 
Semua produk dan pengguna akhir / pengimport perlu didaftarkan sebelum permohonan permit dilakukan. Setelah pendaftaran diluluskan, syarikat akan diberikan *tandatangan digital yang diperlukan untuk permohonan permit.
 
Permohonan permit akan diproses oleh pihak berkuasa yang berkenaan dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima dan pemohon akan dimaklumkan melalui atas talian.

Dokumen yang perlu dikemukakan untuk permohonan permit adalah seperti berikut:

1)     Borang 5 - Penyata Akhir Penggunaan (hendaklah diisi dalam oleh pengguna akhir/pengimport dan dicetak pada kepala surat mereka)
2)     Spesifikasi Teknikal
3)     Borang 6 - Penyata Pengesahan Penghantaran (untuk dikemukakan ke pihak berkuasa yang berkenaan setelah penghantaran barang ke pengguna akhir dilaksanakan)
4)     Lain-lain (seperti yang dikehendaki oleh pihak berkuasa)

*Tandatangan digital dikeluarkan kepada syarikat dibwah nama pemohon yang diberikuasa. Sekiranya kakitangan yang diberikuasa ini tidak lagi di dalam perkhimatan, beliau hendaklah memulangkan tandatangan digital tersebut kepada syarikat. Syarikat kemudiannya hendaklah memaklumkan kepada DNT berkenaan pertukaran kakitangan yang diberikuasa untuk memastikan tandatangan digital itu dinyahaktifkan. Untuk kehilangan tandatangan digital, laporan polis hendaklah dilakukan oleh syarikat berkenaan dan memberi salinan laporan kepada MITI sebelum syarikat dibolehkan memohon tandatangan digital yang baru.

Anda boleh menghubungi ; Bahagian Perdagangan Strategik, SKMM melalui emel std@cmc.gov.my bagi pertanyaan mengenai permohonan permit untuk barangan strategik  Kategori 4 dan Kategori 5.

Untuk sebarang pertanyaan am mengenai STA sila hubungi:

 
Sekreteriat Perdagangan Strategik (STS)
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
Level 4, MITI Tower,
No.7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah,
50622 Kuala Lumpur, Malaysia
 
Hotline: 603-8000 8000 
Email: admin.sts@miti.gov.my
Lama Web: http://www.miti.gov.my/                                         


Dagang Net Technologies Sdn Bhd
Tower 3, Avenue 5, The Horizon, Bangsar South,
No 8, Jalan Kerinchi
59200 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 603-2730 0200 Fax: 603-2713 2121
Careline: 1 300 133 133
Email: careline@dagangnet.com
Laman Web: http://www.dagangnet.com/
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow