Pusat Media

22 Mac 2012 : Kuiz Asean Peringkat Kebangsaan 2012

22 Feb 2012

KUIZ ASEAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2012 ANJURAN JABATAN PENERANGAN


 

Pertandingan yang akan dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris ini adalah terbuka untuk para pelajar Sekolah Menengah kerajaan dan swasta berumur 15 hingga 17 tahun. Ia bertujuan mendedahkan golongan belia kepada aspek kebudayaan, politik, ekonomi dan sosial negara-negara Asean serta meningkatkan tahap pengetahuan dan kesedaran mengenai hal ehwal Asean di kalangan peserta. 
 
Pendaftaran melaui pihak sekolah boleh dibuat secara atas talian (_online_) di www.penerangan.gov.my atau melalui borang yang juga boleh didapati di sekolah-sekolah dan semua Jabatan Penerangan Negeri dan daerah. Borang penyertaan boleh dihantar melalui faks di 03-8911 4959 atau emel ke [email protected]. 
 
Tarikh tutup penyertaan : 29 FEBRUARI 2012.
Peringkat Saringan : 22 Mac 2012. (serentak di seluruh negara )
 

 

 



 PDF

Kongsi artikel ini
Follow