Bengkel Amalan Terbaik Bagi Mengelakkan Risiko Penyeludupan Hidupan Liar di Malaysia anjuran TRAFFIC

Hari ini telah berlangsung Bengkel Amalan Terbaik Bagi Mengelakkan Risiko Penyeludupan Hidupan Liar di Malaysia anjuran TRAFFIC, sebuah badan bukan kerajaan (NGO), yang berkolaborasi dengan MCMC dan Persatuan Syarikat Penghantaran Ekspres Malaysia (AMEC).

Bengkel ini menawarkan peluang perkongsian amalan-amalan terbaik industri mencakupi strategi, inisiatif, program kesedaran dan pembangunan kapasiti oleh Pos Malaysia dalam usaha mengekang penyeludupan hidupan liar.
 
Ucapan pembukaan telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Pembangunan MCMC, Puan Bawani Selvaratnam yang turut merasmikan bengkel tersebut. 

#Antiwildlifesmuggling
#AMEC
#MCMC
#POSMALAYSIA
#TRAFFICORG
 
 
Related Content
Share this article
Follow