Hari Bersama Komuniti (HBK) di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Raja Alias 1

MCMC melalui Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Raja Alias 1 telah berkolaborasi bersama pihak FELDA Raja Alias 1, Telekom Malaysia dan pelbagai agensi seperti Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Pejabat Kesihatan Daerah Jempol bagi menganjurkan Hari Bersama Komuniti (HBK) pada 2 dan 3 Februari 2024.

Pelbagai aktiviti dijalankan iaitu Taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB), permainan interaktif kuiz KDB, sukaneka, pameran reruai agensi-agensi strategik PEDi serta reruai usahawan FELDA dan PEDi. 

Komuniti setempat juga tidak melepaskan peluang untuk membuat pendaftaran di kaunter khas fizikal Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan. 

#MCMC
#PEDi
 
 
Related Content
Share this article
Follow