Kembara RIUH di Seberang Perai, Pulau Pinang

Sekitar kemeriahan Kembara RIUH yang pada kali ini bertandang ke Seberang Perai, Pulau Pinang yang berlangsung selama 2 hari dari 4 Ogos sehingga 5 Ogos 2023. Reruai MCMC mempamerkan aktiviti menarik seperti kuiz interaktif berkaitan inisiatif Klik Dengan Bijak, pameran usahawan tempatan PEDi, kaunter aduan pengguna dan lain - lain lagi. 

YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Digital turut hadir ke reruai MCMC bagi acara penyerahan Pakej Prabayar Rahmah kepada penerima yang layak. Terima kasih kepada yang telah hadir ke Kembara RIUH kali ini untuk menikmati pelbagai aktiviti menarik yang disediakan. 

#KKD
#MCMC
#RIUH
 
 
Related Content
Share this article
Follow