Kerjasama Strategik MCMC dan JHEINS melalui Latihan Pembangunan Aplikasi

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah menjalin kerjasama dua hala dalam menganjurkan Bengkel Pembangunan Aplikasi kepada 18 kakitangan JHEAINS.

Bengkel ini telah diadakan pada 24 Julai 2023 bertempat di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Negeri Sembilan. 

Hasil daripada perkongsian peserta, pihak JHEAINS amat mengalu-alukan lanjutan penganjuran bengkel yang memberi ilmu kemahiran dan pengetahuan yang sangat besar ke arah meningkatkan platform pendigitalan negara. Penganjuran di premis PEDi bukan sahaja sebagai pusat ekonomi digital keusahawanan tetapi menyediakan kemudahan dan platform kelas serta latihan ICT kepada komuniti setempat. 

Pihak MCMC sentiasa responsif dan aktif dalam meningkatkan kolaberasi strategik bersama melalui inisiatif kesalinghubungan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan usahasama PEDi dalam menyediakan pengalaman digital yang lebih baik kepada pengguna.
 
 
 
Related Content
Share this article
Follow