Kunjungan hormat ke pejabat EXCO Agama Islam & Pembudayaan Inovasi
Negeri Selangor

MCMC Negeri Selangor telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat EXCO Agama Islam & Pembudayaan Inovasi
Negeri Selangor, YB Tuan Dr. Mohammad Fahmi Bin Ngah bagi membincangkan hala tuju dan kerjasama strategik MCMC bersama kerajaan negeri untuk pembangunan industri Komunikasi dan Multimedia Negeri Selangor bagi tahun 2024.

Antara perbincangan dalam sesi ini termasuklah pelaksanaan 5G, menara JENDELA untuk perkhidmatan 4G, PEDi baharu, kabel dasar laut Pulau Ketam, perancangan strategik pelan kesalinghubungan Negeri Selangor dan aktiviti kawal selia serta pematuhan industri.

MCMC sentiasa komited untuk memastikan perkhidmatan komunikasi di tahap terbaik bagi menyokong usaha-usaha pembangunan yang dirancang di Negeri Selangor. 


#MCMC #KitaSelangor
 
 
Related Content
Share this article
Follow