Kunjungan hormat Ketua Polis Selangor, Dato’ Hussein Omar Khan ke Ibu Pejabat MCMC, Cyberjaya

MCMC berbesar hati menerima kunjungan hormat Ketua Polis Selangor, Dato’ Hussein Omar Khan di Ibu Pejabat MCMC, Cyberjaya pada 12 September 2023.

Kunjungan Dato’ Hussein telah disambut mesra oleh Pengerusi MCMC, YBhg. Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din serta pegawai-pegawai tertinggi MCMC.

Pelbagai isu, trend, dan cabaran turut diperbincangkan dengan fokus terhadap pemantauan jenayah dalam talian serta isu Royalty, Race, Religion (3R).
 
 
Related Content
Share this article
Follow