Kunjungan hormat Setiausaha Bahagian, Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT) Pulau Pinang, YBrs. Tuan Muhamad Husni Mahmud ke Pejabat MCMC Pulau Pinang

MCMC Pulau Pinang telah menerima kunjungan hormat Setiausaha Bahagian, Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT) Pulau Pinang, YBrs. Tuan Muhamad Husni Mahmud pada 19 dan 20 Disember 2023.

Kunjungan hormat ini disambut mesra oleh Pengarah Negeri MCMC Pulau Pinang, YBrs. Tuan Mohd Khairilnaim Osman (P.M.C.), serta pegawai-pegawai MCMC Pulau Pinang. 

Fokus utama kunjungan hormat ini adalah bagi membincangkan kolaborasi strategik antara MCMC bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam memperkasa pembangunan industri Komunikasi & Multimedia khususnya penyediaan rangkaian Internet, program Advokasi Masyarakat Digital dan inisiatif pembinaan PEDi Baharu di Pulau Pinang.

#MCMC
 
 
Related Content
Share this article
Follow