Kunjungan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital, Dato' Mohamad Fauzi Md Isa di Ibu Pejabat MCMC, Cyberjaya 

MCMC dengan sukacitanya telah menerima kunjungan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital, Dato' Mohamad Fauzi Md Isa di Ibu Pejabat MCMC, Cyberjaya pada 11 Julai 2023. 

Dalam kunjungan itu, MCMC telah berkongsi taklimat mengenai fungsi utama sebagai badan kawal selia sektor komunikasi dan multimedia serta inisiatif-inisiatif strategik dan projek-projek utama yang sedang dijalankan oleh MCMC. 

Pelbagai isu, trend, dan cabaran dalam sektor itu turut diperbincangkan dengan fokus terhadap pemantauan jenayah dalam talian, penambahbaikan infrastruktur, serta pemajuan teknologi dan inovasi dalam bidang komunikasi dan digital.
 
 
Related Content
Share this article
Follow