Kunjungan Menteri Komunikasi dan Digital serta Timbalannya di Ibu Pejabat MCMC, Cyberjaya

MCMC berbesar hati menerima kunjungan Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil serta Timbalannya, YB Teo Nie Ching di Ibu Pejabat MCMC, Cyberjaya siang tadi.

Kunjungan YB Fahmi telah disambut mesra oleh Pengerusi MCMC, YBhg. Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din serta barisan Pengarah Negeri MCMC.

Pada pertemuan ini, antara perkara utama yang dibincangkan adalah status penyediaan infrastruktur dan kualiti pengalaman digital melalui pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di seluruh negara.


Kesemua pihak turut berkongsi buah fikiran dalam usaha mempergiatkan lagi tambah baik liputan Internet di seluruh negara khususnya di kawasan-kawasan luar bandar.

#JENDELA
#KKD
#MCMC
#QualityOfExperience
 
 
Related Content
Share this article
Follow