Lawatan CMCF ke Pejabat MCMC Negeri Terengganu

MCMC Terengganu telah menerima kunjungan mesra daripada Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia (CMCF) di pejabat negeri MCMC Terengganu pada 7 Jun 2023.

Kunjungan daripada CMCF itu telah diketuai oleh Pengarah Eksekutif, Puan Mediha Mahmood serta beberapa pegawai daripada CMCF.

Lawatan itu bertujuan untuk meningkatkan kerjasama bagi memperkasa program-program advokasi khususnya di Terengganu. Matlamat utama program advokasi itu adalah untuk memberikan kesedaran dan mempromosikan kawalselia kendiri dalam kalangan komuniti terhadap kandungan-kandungan yang terpapar dalam media sosial.

#CMCF
#MCMC
#ContentCode
 
 
Related Content
Share this article
Follow