Lawatan ke Korean Institute of Communications and Information Science (KICS)

Pada siang tadi, Pengerusi MCMC, YBhg. Tan Sri Mohamad Salim telah mengadakan lawatan ke Korean Institute of Communications and Information Science (KICS) di Bangunan Masyarakat Telekomunikasi Korea, Seoul, Korea.

Lawatan itu bertujuan bagi mengadakan perbincangan serta berkongsi taklimat mengenai fungsi utama MCMC sebagai badan kawal selia sektor komunikasi dan multimedia serta inisiatif-inisiatif strategik dan projek-projek utama yang sedang dijalankan seperti pelaksanaan 5G, projek JENDELA, serta pelan pengurusan media sosial dan mekanisme penguatkuasaan.

#KKD 
#MCMC
#KICS
 
 
Related Content
Share this article
Follow