Lawatan kerja Exco Warisan dan Adat Istiadat Melayu, Teknologi, Inovasi dan Digital Negeri Sembilan, YB Datuk Mohd Faizal Ramli ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Si Rusa

Exco Warisan dan Adat Istiadat Melayu, Teknologi, Inovasi dan Digital Negeri Sembilan, YB Datuk Mohd Faizal Ramli, telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Si Rusa pada 14 Disember 2023 dan diberikan taklimat  mengenai fungsi dan peranan PEDi kepada komuniti setempat.

Lawatan ini juga diiringi oleh Pengarah Negeri MCMC Negeri Sembilan, Tuan Ts. Md Tahir Musa dan pihak Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Negeri Sembilan yang berkesempatan melawat reruai usahawan digital PEDi iaitu usahawan kraftangan (laser engraving), popcorn homemade dan penulis buku. Kelas keusahawanan dan multimedia yang disediakan telah banyak membantu meningkatkan jualan pendapatan komuniti setempat. Seramai 1,410 usahawan digital aktif di bawah didikan PEDi Negeri Sembilan.
 
Pelbagai inisiatif disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri dan MCMC bagi memperkasa para usahawan tradisional dalam memacu ekonomi pendigitalan negara.

#MCMC
#PEDi
#UPEN
 
 
Related Content
Share this article
Follow