Lawatan kerja YB Menteri Komunikasi dan Digital ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Pada 6 Julai, Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh, Kuala Pilah, bagi menyantuni ikon usahawan digital Negeri Sembilan.

PEDi Kampung Jemapoh memfokuskan transformasi digital dengan membimbing dan melahirkan usahawan mikro menggunakan teknologi digital bagi kegiatan ekonomi digital untuk meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat setempat.

MCMC akan terus memperkasa pembangunan usahawan digital melalui PEDi dengan pelaksanaan pelbagai inisiatif kelas bimbingan dan latihan melalui platform e-dagang kearah memacu pendigitalan negara.
 
 
Related Content
Share this article
Follow