Lawatan kerja YB Menteri Komunikasi dan Digital ke lokasi bencana ribut di PEDi FELDA Palong 11 di Jempol, Negeri Sembilan.

Pada 6 Julai 2023, Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil telah mengadakan lawatan kerja ke lokasi bencana ribut iaitu PEDi FELDA Palong 11 di Jempol, Negeri Sembilan bagi meninjau kerja baik pulih bangunan PEDi yang terkesan dan memberikan sumbangan peranti kepada petugas PEDi bagi kegunaan kesinambungan e-kelas usahawan untuk komuniti setempat serta bantuan kepada mangsa yang terlibat.

MCMC dengan kerjasama pihak industri telekomunikasi telah mengambil tindakan solusi interim dengan penyediaan kemudahan asas yang dibangunkan secara sementara supaya pengoperasian asas PEDi dapat berjalan dengan lancar iaitu menerusi penyediaan kemudahan wifi, menyediakan 15 unit peranti komuniti (tablet), menganjurkan kelas latihan ICT dan keusahawanan serta aktiviti kesedaran keselamatan dan perlindungan Internet.

MCMC akan sentiasa komited dalam memastikan kesalinghubungan capaian Internet dan kemudahan untuk pendigitalan masyarakat setempat diperkukuhkan.
 
 
Related Content
Share this article
Follow