Lawatan Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), ke Dewan Kampung Puak, Bau, Sarawak

Sekitar lawatan Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), YB Fahmi Fadzil ke Dewan Kampung Puak, Bau, Sarawak bagi meninjau pemasangan peranti Starlink pada 16 September 2023 tadi.

Turut hadir, Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamed Salim Fateh Din; Timbalan Menteri KKD, YB Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha KKD, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Liwan Lagang.

Kampung Puak telah telah dipilih sebagai lokasi pertama untuk pemasangan peranti Starlink di Sarawak sekaligus menjadikan unit Starlink ke lapan (8) di seluruh negara.

Usaha ini bagi membantu menyelesaikan masalah Internet terutamanya di kawasan pedalaman agar manfaatnya dapat dirasai penduduk bagi tujuan ekonomi mahupun pendidikan.

#KKD
#MCMC
#Starlink
#SpaceX
 
 
Related Content
Share this article
Follow