Majlis Anugerah Perkhidmatan Lama 2023

Seramai 153 warga kerja MCMC telah menerima Anugerah Perkhidmatan Lama yang mana mereka telah bertugas selama 10 tahun, 15 tahun dan 20 tahun secara tetap bersama Suruhanjaya ini.

Majlis Anugerah Perkhidmatan Lama 2023 ini dianjurkan bagi meraikan dan menghargai jasa mereka yang telah lama berkhidmat, menabur bakti bersama MCMC serta merupakan individu yang bertanggungjawab dalam memperkasa industri telekomunikasi dan multimedia di Malaysia sejak awal penubuhan MCMC pada 1998 sehingga sekarang.

Hadir pada majlis ini, Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din, Ahli-ahli Suruhanjaya dan pengurusan kanan MCMC.

Syabas diucapkan kepada para penerima anugerah! 🌟

#MCMC
 
 
Related Content
Share this article
Follow