Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mengukuhkan hubungan kerjasama antara kedua-dua badan kawal selia.  MoU ini bukti komitmen bahagi kedua-dua pihak untuk terus bekerjasama dalam menangani isu persaingan yang semakin kompleks.

MoU ini telah ditandatangani oleh Pengerusi MyCC, YBhg. Dato’ Seri Mohd Hishamudin bin Yunus dan Ketua Pegawai Operasi MCMC, YBhg. Dato’ Mohd Ali Hanafiah bin Mohd Yunus. 

Majlis menandatangani MoU ini disaksikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YB Senator Puan Hajah Fuziah binti Salleh, Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din dan Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Encik Iskandar bin Ismail.

Ini membuktikan komitmen kerajaan untuk meningkatkan keberkesanan dasar ekonomi dan seterusnya melindungi kepentingan pengguna di negara ini menerusi dasar persaingan dan penguatkuasaan.

#KKD
#MCMC
#MYCC
 
 
Related Content
Share this article
Follow