Majlis Pemuktamadan Pembinaan Menara Baharu Pelan Jalinan Digital Negera (JENDELA) Fasa 1 bagi Kluster 31 & 32 di Kampung Salang Lipis, Pahang

Pada 18 Jan 2024 telah berlangsung Majlis Pemuktamadan Pembinaan Menara Baharu Pelan Jalinan Digital Negera (JENDELA) Fasa 1 bagi Kluster 31 & 32 di Kampung Salang Lipis, Pahang. 

Majlis tersebut diadakan oleh Syarikat Penyedia Perkhidmatan, Baycomm Sdn Bhd, yang telah dilantik bagi pembinaan 29 Menara baharu telekomunikasi Kluster 31 dan 32 di dalam daerah Lipis dan telah berjaya menyelesaikan kesemua pembinaan menara baharu tersebut di bawah inisiatif JENDELA fasa 1. 

Pembinaan menara baharu ini juga akan memberi manfaat kepada penduduk setempat dari segi peningkatan capaian Internet dan komunikasi.

Majlis pemuktamadan ini telah disempurnakan oleh EXCO Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan Dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Tuan Fadzli Mohamad Kamal dan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Operasi MCMC Dato Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus.

#JENDELA
#KementerianKomunikasi
#MCMC
 
 
Related Content
Share this article
Follow