Majlis Penyerahan Komputer Riba dan Pencetak Mudah Alih kepada Pasukan Petugas Royalty, Race, Religion (3R) PDRM-MCMC

Sekitar Majlis Penyerahan Komputer Riba dan Pencetak Mudah Alih kepada Pasukan Petugas Royalty, Race, Religion (3R) PDRM-MCMC di Ibu Pejabat MCMC, Cyberjaya hari ini.

Delegasi PDRM diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan disambut mesra Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Sebanyak 25 buah komputer riba dan 25 buah pencetak mudah alih dipinjamkan oleh MCMC kepada PDRM yang bertujuan melancarkan gerak kerja pemantauan penyebaran maklumat yang mengandungi unsur 3R.

Selaku badan kawal selia komunikasi dan multimedia di Malaysia, MCMC memandang serius penularan isu 3R. Kerjasama yang terjalin dengan PDRM diyakini dapat mengekang penularan isu 3R demi menjaga keharmonian masyarakat dan negara.

#KKD 
#MCMC 
#PDRM
#3R
 
 
Related Content
Share this article
Follow