Majlis Perasmian Hari Bersama Komuniti di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kanchong Darat, Banting, Selangor

Sekitar Majlis Perasmian Hari Bersama Komuniti di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kanchong Darat, Banting, Selangor pada 9 Julai 2023.

Majlis itu telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil dan turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital, Dato’ Mohamad Fauzi Md Isa.

YB Fahmi turut mengumumkan menjelang hujung tahun ini, inisiatif 1 DUN 1 PEDi akan dapat dicapai. Diharapkan melalui inisiatif itu, lebih ramai usahawan digital dapat dilahirkan di samping meningkatkan penglibatan e-dagang dalam kalangan masyarakat luar bandar sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI untuk memperkasa masyarakat menerusi transformasi digital.
 
 
Related Content
Share this article
Follow