MCMC dengan kerjasama Sime Darby Plantation Research Sdn Bhd dan ST Engineering mengadakan Field Trial

MCMC dengan kerjasama Sime Darby Plantation Research Sdn Bhd dan ST Engineering telah mengadakan Field Trial awal yang berjaya meneroka penyelesaian ketersambungan di bawah kanopi kelapa sawit. 

Percubaan ini membuahkan hasil menggalakkan apabila jalur lebar selaju 13Mbps boleh dicapai di bawah kanopi sambil mengendalikan Kenderaan Darat Tanpa Pemandu (UGV) jarak jauh dari 600 hingga 800 meter.
 
Usaha ini mampu memberi penyelesaian dan kesalinghubungan yang mantap serta kos efektif yang telah disesuaikan secara khusus dengan cabaran unik ladang kelapa sawit. Penyelesaian ini berpotensi untuk membuka peluang besar kepada industri perladangan kelapa sawit negara.
 
 
Related Content
Share this article
Follow