MCMC Pejabat Negeri Johor mengadakan lawatan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) di daerah Kota Tinggi, Johor

Pada 5 Januari, MCMC Negeri Johor telah mengadakan lawatan ke beberapa Pusat Penempatan Sementara (PPS) yang terkesan akibat banjir di kawasan DUN Panti & DUN Johor Lama di daerah Kota Tinggi, Johor.
 
Lawatan ke kawasan terjejas ini bertujuan untuk memantau situasi terkini berkaitan liputan selular serta prestasi Internet samada berada di dalam keadaan yang baik atau sebaliknya. 

Respon serta aduan secara langsung daripada para pengguna dan petugas di PPS tersebut amat diperlukan bagi memastikan pihak Penyedia Perkhidmatan sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi bencana banjir di negeri Johor.
 
#MCMC
 
 
Related Content
Share this article
Follow