MCMC Pejabat Negeri Kelantan menyantuni aduan telekomunikasi oleh Adun Salor

MCMC Negeri Kelantan bertindak proaktif dengan turun padang menyantuni aduan telekomunikasi yang dilaporkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor, YB Saizol Bin Ismail di pejabat beliau pada 16 Januari 2024. 

Nama-nama kampung yang terlibat di dalam DUN Salor yang dilaporkan mempunyai masalah liputan oleh penduduk setempat adalah Kampung Keladang, Kampung Aur Duri dan Kampung Lundang Paku. Hasil daripada semakan awal mendapati bahawa terdapat beberapa kawasan yang telah dikenal pasti mempunyai capaian liputan yang terhad.

Pihak MCMC turut menyampaikan advokasi tatacara membuat aduan telekomunikasi menerusi portal aduan rasmi MCMC kepada YB Saizol dan penduduk setempat yang turut hadir pada sesi pertemuan itu.

MCMC sentiasa melaksanakan pemantauan audit kualiti perkhidmatan secara responsif dan aktif serta bekerjasama rapat dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi bagi menangani aduan capaian telekomunikasi di samping memastikan kualiti perkhidmatan liputan Internet berada pada tahap memuaskan.

#MCMC
 
 
Related Content
Share this article
Follow