MCMC Pejabat Negeri Sabah membuat lawatan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS)

Pada 29 Disember 2023, MCMC Pejabat Negeri Sabah telah membuat lawatan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang terkesan akibat banjir di daerah Sandakan iaitu Masjid Nur Iman Kg Sg Memanjang dan Rumah Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Cocos di Beluran.

Ujian kualiti isyarat telekomunikasi (QoS) telah dijalankan oleh pegawai MCMC bersama pihak Maxis, Celcom dan U-Mobile. 

Hasil ujian mendapati beberapa penambahbaikan telah dikenal pasti bagi memastikan liputan isyarat telekomunikasi dalam keadaan optimum dan kesiapsiagaan dalam menghadapi bencana banjir. 

#Banjir 
#KementerianKomunikasi 
#MCMC
 
 
Related Content
Share this article
Follow