Mesyuarat Jawatankuasa Induk Infra Digital Smart Putrajaya Bil. 1/2023

Pada 13 Julai 2023, telah berlangsung satu Mesuarat Jawatankuasa Induk Infra Digital Smart Putrajaya Bil. 1/2023 di Perbadanan Putrajaya yang telah dihadiri oleh Pengerusi MCMC, YBhg. Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Presiden Perbadanan Putrajaya YBhg. Dato’ TPr. Fadhlun Bin Mak Ujud.

Antara intipati mesyuarat itu adalah penetapan sasaran baharu untuk tahun 2023-2025 iaitu mempertingkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar dalam Bangunan Strategik (Precint 1-6) Putrajaya, menjadi wilayah pertama melaksanakan Infrastruktur Komunikasi Berskala Kecil (IBK) menggunakan Garis Panduan IBK MCMC, pelaksanaan “SMART APPLICATIONS” menggunakan perkhidmatan 4G/5G, serta mencapai 100% liputan jalur lebar mudah alih 5G di Putrajaya pada tahun 2024.

Semoga dengan usaha-usaha yang akan dijalankan itu mampu memacu pertumbuhan dan perkembangan ekonomi digital di Putrajaya serta memberi manfaat yang besar kepada masyarakat setempat dan negara secara keseluruhan.
 
 
Related Content
Share this article
Follow