MSME DIGITALISATION GRANT 2023

Pada 21 Ogos 2023, satu sesi taklimat bersama Digitalisation Partners (DP) telah berlangsung bagi menerangkan kepada rakan kerjasama mengenai terma dan syarat sebagai ahli DP dan aliran proses Geran Digital PMKS MADANI 2023. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Puan Norainah Mohmad Zakuan, Ketua Jabatan Perbankan Runcit Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Hampir 100 peserta dari pelbagai syarikat penyedia servis digital telah menghadiri sesi tersebut secara fizikal dan atas talian.
 
Inisiatif Geran Digital PMKS MADANI (GDPM) yang bakal dilancarkan ini adalah geran padanan yang disediakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) melalui Belanjawan Madani 2023 bertujuan untuk membantu PMKS (Perusahaan mikro, kecil dan sederhana) meningkatkan penerapan pendigitalan dalam operasi perniagaan harian mereka.
 
Melalui usaha ini, PMKS akan dapat memohon geran padanan ini secara dalam talian dan bakal dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri tidak lama lagi.
 
 
 
Related Content
Share this article
Follow