Penilaian status kemajuan projek JENDELA di Kampung Ayer Hitam, Port Dickson

Pada 14 Disember 2023, MCMC Negeri Sembilan telah mengadakan kolaborasi strategik bersama Kerajaan Negeri Sembilan yang diketuai oleh Exco Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital, YB Datuk Mohd Faizal Ramli serta pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), bagi penilaian status kemajuan projek JENDELA di Kampung Ayer Hitam, Port Dickson yang telah beroperasi sejak 2 November 2023.
 
YB Datuk Mohd Faizal turut diberi penerangan oleh Pengarah Negeri MCMC Negeri Sembilan YBrs. Tuan Ts. Md Tahir Musa, berkenaan status semasa keseluruhan projek JENDELA Negeri Sembilan dan taklimat pembangunan infrastruktur serta kualiti liputan dari pihak penyedia perkhidmatan bagi tapak Kampung Ayer Hitam.
 
Semoga jalinan dan kerjasama strategik Kerajaan Negeri Sembilan dan MCMC berterusan dalam memacu ke arah pembangunan jaringan komunikasi dan ekonomi digital yang lebih mampan.

#MCMC
#JENDELA
#UPEN
 
 
Related Content
Share this article
Follow