Program Kita Madani di Dewan Terbuka Kampung Seri Batu 8, Labu, Negeri Sembilan

Sekitar Program Kita Madani yang berlangsung di Dewan Terbuka Kampung Seri Batu 8, Labu, Negeri Sembilan pada 6 Julai 2023.

Rata-rata komuniti setempat telah hadir melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti digital yang disediakan di reruai MCMC. Antaranya adalah aktiviti kuiz digital, sesi perkongsian Klik Dengan Bijak (KDB) oleh Pusat Ekonomi Digital Komuniti (PEDI) Kluster Tampin dan juga penyerahan simkad Pakej Perpaduan yang disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil kepada komuniti setempat yang terdiri daripada golongan B40, warga emas dan belia yang memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Semoga aktiviti bersama komuniti itu memberikan impak yang besar dalam meningkatkan pengetahuan masyarakat menerusi aktiviti literasi yang diadakan.
 
 
Related Content
Share this article
Follow