Program Pemerkasaan PEDi Peringkat Negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis

MCMC telah berkolaborasi bersama pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan pihak Pembekal Perkhidmatan (CelcomDigi, Maxis serta Telekom Malaysia) dalam menganjurkan Program Pemerkasaan PEDi Peringkat Negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis selama 3 hari yang berakhir pada 14 Disember 2023 di Langkawi, Kedah.

Program ini juga diadakan bertujuan untuk menyambut baik saranan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim agar setiap PEDi lebih kerap dipantau dan melaporkan pengurusan kelompok komuniti yang lebih luas terutama anak muda dan pelajar sekolah.

Seramai 100 peserta yang hadir telah mendapat taklimat mengenai hala tuju PEDi 2024, perkongsian kejayaan daripada pemenang Pengurus PEDi terbaik dan pemenang PEDi Terbaik peringkat Wilayah Sabah, promosi peruntukan geran MARA dan juga cabaran advokasi dalam dunia pendigitalan.

#MCMC
#PEDiMADANI
 
 
Related Content
Share this article
Follow