Program ‘Industry Roundtable Cashless Society Scaling Up 2024’

Sektor Pembangunan Industri MCMC melalui Bahagian Komuniti dan Inklusiviti Digital telah menganjurkan Program ‘Industry Roundtable Cashless Society Scaling Up 2024’ bersama rakan-rakan strategiknya.

Susulan kejayaan program ‘Cashless Society’ MCMC di Melaka serta Memorandum Persefahaman yang ditandatangani bersama FELDA tahun lalu, program ini diperluaskan ke tiga lagi negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan, dan Pahang pada tahun ini.

Program  ‘Cashless Society’ menggunakan pendekatan dua hala untuk menggalakkan penggunaan tanpa tunai melalui intervensi dasar bagi memastikan kelestarian penggunaan tanpa tunai serta program kesedaran dan promosi yang bertunjangkan empat tonggak iaitu literasi digital, keselamatan, peluang pendapatan dan pembinaan kapasiti.

Program ini akan bermula pada pertengahan bulan Februari 2024 melibatkan lebib daripada 20 PEDi di penempatan FELDA Wilayah Segamat dan Wilayah Johor Bahru, diikuti pelancaran bulan tanpa tunai oleh Kerajaan Negeri Johor.

#MCMC
 
 
Related Content
Share this article
Follow