Sekitar lawatan kerja YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad ke menara telekomunikasi di Kota Tampan, Hulu Perak

Sekitar lawatan kerja YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad bersama-sama Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO, YB Azlan Helmi bin Helmi serta YB Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan Negeri, Salbiah binti Mohamed ke menara telekomunikasi yang baharu dan telah beroperasi di Kota Tampan, Hulu Perak pada 8 September 2023.

Pembinaan menara ini merupakan sebahagian daripada usaha MCMC menyediakan liputan yang baik di seluruh Perak di samping menyokong Kerajaan Negeri Perak di bawah agenda Perak Sejahtera 2030.

Dato’ Seri Saarani Juga turut meluangkan masa ke Pusat Digital Ekonomi (PEDi) Kg Raban bersempena Majlis Pelancaran Program E-Juwita Negeri Perak yang berlangsung bersebelahan di Dewan Orang Ramai Kg Raban.
 
 
Related Content
Share this article
Follow