Sekitar walkabout Program Rintis Cashless Melaka di Pasar Malam Taman Seri Duyong

Sekitar walkabout Program Rintis Cashless Melaka di Pasar Malam Taman Seri Duyong yang diadakan semalam, bersamaan 8 Ogos 2023. 

Inisiatif Cashless Melaka bertujuan mempertingkat penggunaan tanpa tunai dalam kalangan masyarakat terutama sektor peruncitan dan perniagaan termasuk melibatkan para peniaga di pasar malam.

Cashless Melaka dirasmikan oleh Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi Dan Komunikasi Digital Negeri Melaka, YB Tuan Mohd Noor Helmy Abdul Halem.

Turut hadir, Ketua Pegawai Kawal Selia MCMC, Encik Zulkarnain Mohd Yasin dan Ketua Pegawai Pembangunan Industri MCMC, Haji Muhammad Razali Anuar.


#CashlessMelaka
#KKD
#MCMC
 
 
Related Content
Share this article
Follow