Sesi Meja Bulat Pengarang Media Bersama Pengerusi MCMC, YBhg. Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din di Ibu Pejabat MCMC, Cyberjaya

Pada 21 September 2023, telah berlangsung Sesi Meja Bulat Pengarang Media Bersama Pengerusi MCMC, YBhg. Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din di Ibu Pejabat MCMC, Cyberjaya.

Mesyuarat ini menjemput para pengarang media untuk berkongsi pandangan dalam usaha menangani jenayah dalam talian dan langkah-langkah untuk meningkatkan kesedaran mengenai ‘scam’ dalam kalangan orang awam. MCMC juga telah berkongsi visi untuk Pusat Ekonomi Digital (PEDi) memacu pendigitalan negara dan kepentingan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) serta rancangan-rancangan masa hadapan.

Sesi bertukar buah fikiran ini juga adalah usaha mendapatkan pandangan pengamal media berhubung kaedah terbaik pelaporan berita yang berkesan dan efektif agar mesej sampai kepada rakyat.
 
 
Related Content
Share this article
Follow