Sesi Webinar Broadcast Talk Series 2/2023

MCMC melalui Jabatan Pembangunan Penyiaran daripada Bahagian Pembangunan Ekosistem Digital telah menganjurkan Sesi Webinar Broadcast Talk Series 2/2023 pada 14 Disember 2023 yang disiarkan secara langsung dari MCMC Centre of Excellence, Cyberjaya.

Susulan sambutan yang amat menggalakkan semasa Broadcast Talk Series 1/2023, MCMC telah meneruskan sesi webinar ini dan telah disertai lebih 170 peserta menerusi platform webinar zoom dan siaran langsung Facebook MCMC. Peserta-perserta yang hadir ini terdiri daripada pihak industri penyiaran, media, pengiklanan dan yang berkaitan.

Sesi ini telah menampilkan dua (2) pakar dari industri pengiklanan iaitu Ahli Majlis Malaysia Specialists Association (MSA) En. Sandeep Mark Joseph dan Pengasas Bersama RSquared Global Ventures Pte Ltd, En. Ranganathan Somanathan yang telah berkongsi dan mengupas landskap dan arah aliran pengiklanan di Malaysia dan global.

#BroadcastTalkSeries
#MCMC
 
 
Related Content
Share this article
Follow