Ujian kualiti isyarat telekomunikasi (QoS) di Taman Jindo Luyang, Kota Kinabalu dan Kompeni Kor Polis Tentera DiRaja Kem Lok Kawi, Putatan

Pada 18 Jan 2024, MCMC Negeri Sabah telah turun padang menyantuni pengadu untuk mengenalpasti isu aduan dan masalah liputan perkhidmatan yang tidak memuaskan di beberapa lokasi.

Ujian kualiti isyarat telekomunikasi (QoS) telah dijalankan oleh pegawai MCMC bersama pihak penyedia perkhidmatan di lokasi-lokasi tersebut.

Lokasi pertama iaitu di Taman Jindo Luyang, Kota Kinabalu mendapati pengguna perkhidmatan tidak dapat membuat panggilan dan capaian Internet. Beberapa penambahbaikan perlu dilakukan oleh pihak penyedia perkhidmatan bagi memastikan liputan isyarat telekomunikasi dalam keadaan optimum. 

Lokasi kedua iaitu Kompeni Kor Polis Tentera DiRaja Kem Lok Kawi, Putatan juga mendapati beberapa langkah penambahbaikan perlu dilakukan bagi memastikan liputan isyarat telekomunikasi berada dalam keadaan optimum. 

MCMC sentiasa komited bagi melaksanakan pemantauan secara berterusan dan bekerjasama rapat dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi bagi menangani aduan agar pengguna dapat menikmati perkhidmatan pada tahap yang memuaskan.
 
 
Related Content
Share this article
Follow