Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular (Panggilan Suara)

MCMC telah menjalankan ujian kualiti perkhidmatan selular (panggilan suara) pada hari ini bersama Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil untuk menilai isu panggilan terputus bagi rangkaian mudah alih di negara ini.

Turut sama dalam pelaksanaan ujian ini ialah Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha  Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, serta Pengerusi MCMC, YBhg. Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din.

Ujian panggilan suara ini turut disertai penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, YTL, dan Telekom Malaysia bagi menyaksikan analisis dilakukan sepanjang perjalanan dari bangunan Parlimen sehingga ke Kementerian Komunikasi di Putrajaya.

MCMC akan terus memantau rapat isu ini sepanjang suku pertama tahun 2024 dan akan mengemukakan laporan kepada YB Menteri Komunikasi secara berkala.

#KementerianKomunikasi 
#MCMC
 
 
Related Content
Share this article
Follow