Media & Events

MCMC pantau caj tambahan 5G

11 Jan 2024, Berita Harian

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memastikan setiap penyedia perkhidmatan rangkaian m udah alih tidak mengenakan caj tambahan bagi akses kepada rangkaian 5G.

MCMC berkata, perkara itu adalah selari dengan usaha berterusan kerajaan dalam menyediakan akses teknologi telekomunikasi canggih yang adil dan saksama buat seluruh rakyat Malaysia.

"MCMC menyokong penuh komitmen kerajaan dan akan memastikan setiap penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih mematuhi komitmen yang sudah dinyatakan.

"Setakat 31 Disember yang lalu, perkhidmatan rangkaian 5G berjaya mencapai 80.2 peratus liputan di kawasan berpenduduk,"katanya menerusi kenyataan, hari ini.

MCMC berkata sekiranya terdapat aduan berhubung caj akses 5G, pengguna boleh menyalurkannya menerusi Portal Pengguna MCMC di https://aduan.mcmc.gov.my atau hubungi talian 1-800-188-030.

Share this article
Follow