Media & Events

Menteri Akan Bertemu Syarikat Telekomunikasi Berkaitan Caj Tambahan Untuk Akses 5G

22 Aug 2023, Amanz
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil kini menyatakan beliau akan menjadualkan pertemuan dengan syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan berkaitan dengan caj tambahan yang dikenakan untuk mengakses perkhidmatan dan rangkaian 5G.

Menurut beliau, buat masa ini, YTL tidak mengenakan caj, tetapi yang lain mengenakan caj antara RM3 ke RM20 sebagai tambahan kepada pelan telekomunikasi sedia ada bagi mengakses rangkaian 5G.

Ini sekaligus membawa kepada persoalan pelbagai pihak, termasuk isteri menteri sendiri yang mempersoalkan kenapa perlu membayar untuk mengakses rangkaian 5G, sebaliknya ketika peralihan dari 3G ke 4G tidak sebegitu.

Sebelum ini, ia disasarkan pelan rangkaian 5G berharga lebih rendah berbanding pelan 4G sedia ada – sekaligus mengurangkan beban yang ditanggung pengguna.

Share this article
Follow