Media & Events

Warga B40 Sabah Dan Sarawak Yang Layak Dan Telah Berdaftar Boleh Tuntut Dekoder TV Digital (Cont')

08 Nov 2019
WARGA B40 SABAH DAN SARAWAK YANG LAYAK DAN TELAH BERDAFTAR BOLEH TUNTUT DEKODER TV DIGITAL MYFREEVIEW DI PUSAT PENGAGIHAN TERPILIH SEBELUM 30 NOVEMBER INI
  • Sebanyak lapan (8) pusat pengagihan, iaitu empat (4) di Sabah dan empat (4) di Sarawak sedang beroperasi untuk mengedarkan dekoder TV Digital myFreeview kepada golongan B40 yang layak dan telah berdaftar
  • Dekoder percuma ini memberi peluang kepada penduduk tempatan menikmati siaran TV Digital myFreeview yang berkualiti tanpa sebarang yuran bulanan  
CYBERJAYA, 8 November 2019 --- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggalakkan warga B40 yang layak dan telah berdaftar di Sabah dan Sarawak untuk menuntut dekoder percuma myFreeview di pusat pengagihan terdekat sebelum 30 November ini. 

Terdapat lapan (8) pusat pengagihan, iaitu empat (4) di Sabah dan empat (4) di Sarawak yang telah diwujudkan dan sedang beroperasi untuk mengedarkan dekoder TV Digital myFreeview kepada golongan B40 tersebut (sila lihat jadual di bawah).  



Orang ramai dinasihatkan untuk membawa bersama kad pengenalan bagi tujuan pengesahan. Bagi pengagihan semula dekoder yang gagal dihantar pada kali pertama, caj RM15 akan dikenakan bagi menampung kos penghantaran. 

Selain itu, sekiranya anda ingin menyemak kelayakan untuk mendapatkan dekoder percuma, sila ikuti langkah-langkah berikut:
I. Melalui SMS: Taip MYTV (jarak) DEKODER (jarak) (nombor kad pengenalan anda) dan hantar ke 15888, atau
II. Layari: www.mytvbroadcasting.my/B40, atau
III. Hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan myFreeview di talian 1300-80-6988 atau 1800-18-1088 

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, layari www.myFreeview.tv atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di talian 1800-18-1088 atau 1300-80-6988 daripada pukul 8.00 pagi sehingga 10:00 malam setiap hari, termasuk cuti umum. Permohonan set dekoder percuma untuk warga B40 yang layak juga boleh dibuat melalui e-mel ke digitaltv@mcmc.gov.my .  

PDF
Share this article
Follow