Media & Events

8 syarikat terima spektrum 4G

08 Jan 2013, Harian Metro

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengumumkan peruntukan spektrum jalur lebar mudah alih generasi baru berkapasiti sehingga 2600 MHz dengan kelajuan melebihi 100 Mbps kepada lapan syarikat telekomunikasi di negara ini.

Syarikat terbabit ialah Celcom Axiata Bhd, DiGi Telecommunications Sdn Bhd, Maxis Broadband Sdn Bhd, Packet One Networks (M) Sdn Bhd, Puncak Semangat Sdn Bhd, REDtone Marketing Sdn Bhd, U Mobile Sdn Bhd dan YTL Communications Sdn Bhd.

Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi dalam satu kenyataan berkata, ia sebagai persediaan menyokong teknologi jalur lebar 4G yang dijangka dilaksanakan di negara ini tahun depan untuk kelancaran perkhidmatan seperti permainan video definisi tinggi (HD) dan pengendalian aplikasi dalam masa nyata.

Share this article
Follow