Media & Events

SKMM Nafi keluar surat kelulusan projek di Sabah

14 Aug 2019, Berita Harian

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan ada mengeluarkan surat kelulusan bagi projek membina dan menyiapkan 25 struktur menara telekomunikasi termasuk kerja-kerja berkaitan di Semporna, Sabah.

“SKMM menegaskan bahawa penyebaran surat yang menggunakan nama Pengarah Wilayah Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan itu adalah palsu,” kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan.

Satu laporan polis dibuat semalam agar individu yang tidak bertanggungjawab dalam menyebarkan surat palsu itu diambil tindakan sewajarnya.

Orang ramai diminta berwaspada terhadap penipuan menggunakan surat rasmi SKMM dan tanda tangan pegawainya yang kononnya, menawarkan projek.

Share this article
Follow